Mengurut dada apabila Peciter mendengar cerita seorang teman yang bekerja di sebuah kelab hiburan, mengatakan seorang pelakon wanita terkenal tanpa segan silu meneguk minuman keras di situ. Lebih memeritkan mata memandang, gadis ini bukan berseorangan, sebaliknya turut membawa ibu dan bapanya bersama ke tempat itu. Di atas meja mereka, penuh botol minuman keras pelbagai jenama. Agaknya dunia sudah terbalik. Kalau dahulu, ibu bapalah yang membentuk peribadi anak. Kalau buruk, buruklah jawabnya. Ini lain pula yang jadi, sampaikan anak pun boleh menjebak ibu bapa berperangai seperti orang tak ada pegangan agama. Hal ini sangat memalukan. Malah, mereka yang hadir ke situ turut berasa malu. Walaupun mereka pun dua kali lima, namun perangai anak beranak ini benar-benar melampaui batas. Kalau kena sambar kilat, tiga-tiga rentung! [ Lebih lagi! ]
19
Feb
08




0 Responses to “Satu Keluarga Teguk Air Haram?”
Leave a Reply