Archive for March, 2008

30
Mar

Inilah Cerita Dunia Artis Yang Paling…

Amboiiiiiiiiiiii…amboi…amboi!!! Tsunami POLITIK Negara semakin REDA setelah BERGELODAK lebih seminggu lamanya GARA GARA keputusan PILIHANRAYA UMUM kali ke 12 yang BUAT ramai TERKEJUT BERUK!!!
Tahniah lah pada PAK LAH kerana MAINTAIN COOL walaupun TERUK KENA BELASAH termasuk dari KUNCU KUNCU sendiri!!! Aku tabik PAK LAH ni TAK MELATAH LANGSUNG…malah MENGAKU BERTANGGUNGJAWAB atas semua yang telah TERJADI!!!! Macam tu lah baru ANAK JANTAN namanya….jangan jadi NAKHODA KAPAL yang TERJUN selamatkan DIRInya dulu sebelum AMBIK KISAH nasib anak anak kapalnya!!!! [ panas lagi ]

Technorati Tags: , , , , , , , , ,

30
Mar

A Nite With… Anuar Zain-Rela Dicium

Majlis Sidang Akhbar ‘A Nite With Anuar Zain’ telah berlangsung di La Bodega, The Pavillion, Kuala Lumpur. Majlis makan malam tersebut (A Nite With Anuar Zain) akan berlangsung pada 2 Mei 2008, jam 8 malam, bertempat di Dewan Perdana Felda. Seiring dengan tema majlis ‘Glamorous’, majlis tersebut mengetengahkan konsep glamour untuk ditonjolkan oleh semua hadirin yang hadir. [ Selanjutnya ]

Technorati Tags: , , , , , , , ,

30
Mar

Lancar Dua Drama Serentak, Bright Network Sdn Bhd Buat Majlis Kahwin?

Seperti menghadiri majlis perkahwinan artis popular begitulah gahnya majlis pelancaran dua buah drama baru terbitan Bright Network Sdn Bhd, Dewi Cinta dan Dari Mata Arisa yang bakal ditayangkan di saluran RTM tidak lama lagi. [ Selanjutnya ]

Technorati Tags: , , , , , , , , , ,

30
Mar

East To West Ning Jelajah Antarabangsa

Album East To West merupakan sebuah album yang pertama menampilkan lagu-lagu English dari Ning Baizura. Ning Baizura yang terkenal dengan suara supranonya tampil segar dalam pelbagai genre muzik dalam albumnya ini yang dipasarkan di banyak negara. [ [Lagi ]

Technorati Tags: , , , , , , , , , ,

30
Mar

Gosip Liar Tentang Fauzi ” Saya Harus Kuat” - Lisdawati

Sejak mula popular dan sebelum mendirikan rumah tangga ada sahaja gosip liar yang tidak baik melanda terhadap pelakon cantik Lisdawati. Bermula dengan pergaduhannya bersama seorang lagi pelakon sewaktu di lokasi penggambaran, sehinggalah ke majlis pernikahan bersama pelakon Fauzi Nawawi yang melibatkan ahli keluarga. [ Selanjutnya ]

Technorati Tags: , , , , , , , , ,

25
Mar

DILLA Suntik Vitamin Untuk Sihat

Pelakon Dilla mengakui teknologi kecantikan hari ini banyak memberi kesedaran kepada golongan wanita untuk terus kekal cantik dan sihat meskipun usia meningkat. Mengakui mengambil suntikan vitamin C dan plasenta seperti kebanyakan wanita lain, Dilla menolak sama sekali kaedah Botox yang seringkali digembar-gemburkan sebagai kaedah untuk menjadi cantik jelita. Bagi Dilla, apa yang dilakukan olehnya sekadar untuk melambatkan proses penuaan dan bukannya untuk melawan takdir Tuhan. [ Selanjutnya ]

Technorati Tags: , , , , , ,

25
Mar

AARON AZIZ Popular Kerana Kacak?

Tidak dinafikan paras rupa boleh membuatkan seseorang pelakon atau penyanyi mampu pergi jauh dan cepat popular meskipun baru setahun jagung menceburkan diri dalam industri hiburan.

Tempias ini juga turut dirasai oleh pelakon kacak dari Singapura, Aaron Aziz yang telah menumpukan sepenuh masa terhadap bidang lakonan di Malaysia. Bukan tidak yakin dengan perkembangan lakonan di Negara sendiri, namun Aaron cuba mengembangkan sayapnya agar perjalanan karier lakonan seiring di Malaysia dan Singapura.

Pun begitu, rezeki lakonannya lebih berpihak di Malaysia. Memulakan langkah pertama dengan drama Sumayyah pada tahun 2004, kini Aaron melangkah setapak lagi ke dunai perfileman dengan filem pertama lakonannya Evolusi KL Drift. [ Seterusnya ]

Technorati Tags: , , , , ,

25
Mar

Konsert Pertama AF6 Bukan Milik Yana

Penantian para peminat setia Akademi Fantasia musim ke 6 untuk melihat kebolehan serta bakat peserta pilihan akhirnya dapat ditonton pada konsert minggu pertama mereka bertempat di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya(MBPJ) baru-baru ini.

Konsert pertama yang membariskan 14 orang pelajar dari pelbagai peringkat usia ini akhirnya telah menyingkirkan seorang pelajar berasal dari Perak Yana. Di mana pada mulanya telah berlaku sedikit gimik yang kononnya tiga orang pelajar bakal tersingkir namun disaat akhir penonton sedang berdebar, hanya seorang yang digugurkan. [ Selanjutnya ]

Technorati Tags: , , , , , , ,

25
Mar

IMRAN Kena Pulau Di Singapura?

Gara-gara memberi komen yang cuba mengagungkan industri di Malaysia penyanyi yang sedang meningkat naik dari Singapura Imran Ajmain di katakan telah dipulau di negaranya sendiri yang membuatkannya tidak boleh mengadakan sebarang show.

Peciter yang menemui Imran sewaktu sidang akhbar minggu setiausaha di KL baru-baru ini, mengatakan semua ini hanyalah salah faham. Tiada niat untuknya merendah-rendahkan industri negara sendiri, cuma berharap industri hiburan di negaranya dapat berdiri setanding dengan industri hiburan di asia. Malah sebuah pihak akhbar di Singapura turut memberi kolum pada Imran untuk meluahkan serta memperbetulkan masalah agar tidak berpanjangan.

Peciter:Terima jelah apa yang berlaku.

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , ,

25
Mar

Pelamin DYNAS RM60,000

Majlis resepsi perkahwinan pelakon jelita Wan Intan Edrinas atau lebih dikenali dengan nama Dynas dan pasangannya Mohd. Hafizy Hafiz berlangsung di Putrajaya International Convention Centre malam tadi. Pasangan yang telah pun bernikah pada 15 Mac lalu di Shah Alam, sekali lagi memilih Glam Collection sebagai penaja majlis gilang gemilang tersebut. Selain pelamin Glam Collection turut menaja pakaian Dynas pada majlis resepsi itu. Malah Habib Jewels turut serta dalam penajaan barang kemas yang dipakai Dynas. [ Seterusnya ]

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , ,

25
Mar

CROWNE PLAZA HOTEL Gabung Artis 3 Negara

Sempena menyambut hari setiausaha yang bakal berlangsung sepanjang April ini, banyak tempat yang menganjurkan pelbagai acara demi menyambut serta memberi penghargaan pada para setiausaha di Malaysia.

Bahkan, bukan para setiausaha sahaja orang luar juga turut dialu-alukan untuk menyertai setiap acara yang diadakan dengan membayar tempahan meja mengikut harga yang telah ditetapkan.

Kebiasaannya, sambutan disetiap tempat seperti hotel-hotel akan menjemput artis-artis mengikut citarasa mereka untuk mengadakan persembahan selama 3 hingga 4 jam. Di Crowne Plaza Hotel pula persembahan agak istimewa dimana pihak penganjur telah menggabungkan tiga orang artis dari tiga buah Negara. [ Selanjutnya ]

Technorati Tags: , , , , , ,

25
Mar

EVOLUSI KL DRIFT Buah Tangan Pertama Shamsul Yusof

Pada malam pelancaran serta pratonton filem ini yang diadakan di GSC Midvalley Bangsar baru-baru ini, dapat kita lihat betapa ramainya remaja yang hadir memberikan sokongan.

Para pelakon, teman artis dan para VIP juga turun padang untuk sama-sama memeriahkan majlis ini yang buat pertama kalinya diarahkan oleh pengarah muda seperti Shamsul yang pastinya belum mampu memberi keyakinan pada semua orang untuk membuktikan kemampuannya. [ Selanjutanya ]

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

22
Mar

Kontroversi Sandra Dewi Bogel Di Internet

Kontroversi Sandra Dewi berbogel akhirnya terjawab apabila dia membuat kenyataan di sebuah stesen TV Indonesia. Beliau disokong oleh Roy Suryo seorang yang pakar dalam bidang pengimejan. Penampilan Sandra Dewi dan Roy Suryo mengukuhkan lagi yang gambar tersebut sebenarnya bukanlah beliau. [ Selanjutnya ]

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

21
Mar

Zahid Dan Nita Di Ambang Cinta

Tanpa berselindung, Zahid, Juara Akademi Fantasia musim ke dua mengaku punya hubungan yang intim dengan penyanyi tinggi lampai berasal dari Pulau Mutiara. Siapa lagi kalau bukan Nita penyanyi yang digilap bakatnya dari program realiti tv Malaysian Idol. Zahid yang ditemui mengakui hubungan tersebut bermula sebagai teman biasa sahaja semenjak dua tahun lepas. Namun bibit-bibit kemesraan mereka semakin bertaut ketika meraikan Aidilfitri tahun lepas. [ Selanjutnya ]

Technorati Tags: , , , , , , , , ,

21
Mar

P. RAMLEE THE MUSICAL Kembali!!!

Kehangatan pementasan teater P Ramlee The Musical masih terasa lagi meskipun ia telah lama berlalu. Manakan tidak, jumlah penonton yang hadir lebih ramai dari yang dijangka malah ada sebilangan penonton yang tidak dapat menonton dan pulang dengan rasa hampa.

Begitulah hebatnya penangan kisah kehidupan seniman Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang telah dipentaskan di Istana Budaya tahun lepas oleh Enfiniti Production milik Datin Seri Tiara Jacquelina. [ Seterusnya ]

Technorati Tags: , , , , , , ,

21
Mar

MILA DAN EBI TAK SEMPAT SAMPAI ‘STAGE 2″

Peciter sempat bertemu dengan penyanyi kecil molek yang beratnya hanya 37 kg. Siapa lagi kalau bukan Juara Akademi Fantasia 5, Mila. Meskipun banyak cerita Mila bercinta dengan Ebi, pada hakikatnya mereka tidak pernah bercinta! Memang peliklah bila mendengar dakwaan Mila ini memandangkan banyak sangat gosip tentang dia dan Ebi. Tetapi menurut Mila dia hanya membiarkan gosip-gosip tersebut kerana tidak mahu kecoh dan mengeruhkan suasana. [ Lebih ]

Technorati Tags: , , , , , , , , , ,

21
Mar

MAWI NIKAH JUN?

Raja SMS Malaysia, Mawi menafikan khabar angin yang mengatakan dia akan bernikah dengan Ekin pada bulan Jun ini. Anak buah Peciter yang sempat bertanyakan perkara tersebut bercerita bahawa Mawi tergelak besar mendengarkan pertanyaan tentang kesahihan berita itu. Menurutnya lagi dia tak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut kepada mana-mana media cetak dan elektronik. [ Selanjutnya ]

Technorati Tags: , , , , , , , , , , ,

21
Mar

Datuk Cerai Isteri Demi Pengacara Popular?

Kalau nak berjaya dan hidup senang apa saja sanggup dilakukan. Ditambah pula dengan para rupa yang cantik itu sudah cukup untuk menangkap umpan datuk-datuk kaya. Kisah ni berlaku pada seorang pengacara popular dari sebuah stesen tv yang juga popular. [  Lagi ]

Technorati Tags: , , , , , ,

21
Mar

27 Dresses (FOX) Sentiasa Pengapit, Bukan Pengantin

 

Sinopsis
Jane (Katherine Heigl), seorang idealistis, romantik dan tidak mementingkan diri sendiri yang selalu membahagiakan orang dimana beliau sendiri pun tidak menemui kebahagiaan beliau sendiri. Tetapi bila adik bongsunya Tess (Malin Akerman) jatuh hati pada bos yang dipendam cintanya, Jane mula mengubah prinsip hidupnya yang selalu “pengapit pengantin”. [ Selanjutnya ]

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

21
Mar

Selepas Yusri, Julia Beralih Kepada Pierre Andre?

Belum reda kisah Julia Ziegler yang dikaitkan bercinta dengan Yusri KRU, kini Julia beralih arah pula kepada pelakon dan pengarah muda berusia 23 tahun Pierre Andre. Khabarnya hubungan mereka agak rapat kebelakangan ini. Mereka dilihat datang bersama ke majlis persandingan Dynas dan Hafizy di Shah Alam. [ Selanjutnya? ]

Technorati Tags: , , , , , , , , ,




March 2008
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Komen terkini dan terhangat

  • nurul: saya akan terus menyokong abg dinzy…kalau boleh nak tengok abg dinzly jadi pengcara pulak…kalau...
  • nursyazwana: x tenggok cerit a ayyad i tv 3
  • NUR WAIDATUN SOLEHA BT SAFIAN: ASSALAMUALAIKUM……& #8230;….DIORANG NIYH MEMANG HANDSOME...
  • Mot: my mail, stepn@yahoo.co.uk Thanks Mot
  • Mot: Hi My dear Irma, Wondering, how to contact u by email for me to give some ideas or comments about ur acting....
  • nad: huhuhuhu….memg ganteng n konsisten……chayok! !!!!!!!!
  • nadia: mmg ensem pun dyorg ni….
  • nadiansgirlz: memg ganteng dyorg ni ari 2 nmpk dyorng huh!!!!ensem…….ape pun succes in...
  • eira: aliff you are the best..4ever….i love you all my heart…
  • isma5145: assalamualaikum….irma hasmie…..seorang model dan pelakon yang cantik…saya adalah...

Random Entries

Berita Hiburan